pregnancy calendar  BabyFruit Ticker pregnancy due date

Monday, November 28, 2011

Badam, Kismis : Pemakanan Tambahan Ketika Hamil


Sekarang ni kekacang yang menjadi makanan tambahan setiap hari. Beli banyak waktu pergi Padang Besar hari tu. Murah. Nak makan Badam sebab ramai kata nanti anak bijak. Kismis juga yang sememangnya bagus. Dan pistachio (kacang bijak) tu makan sikit dah tapi bila google ada yang kata ibu mengandung makan kacang pistachio akan sebabkan anak bengkak hati nanti. Takut baca jadi stop la makan, bagi husband plak habiskan... Erm... nanti nak beli kurma plak sebab kurma yang paling bagus dimakan oleh ibu hamil. 

Nanti nak try buat minuman Susu Badam. Nama je susu tapi sebenarnya air pati badam tu sendiri. Cara nak buat katanya mesti rendam badam beberapa jam asal tak melebihi 12 jam. Rendam juga Buah Kurma beberapa jam. Selepas itu blend kan badam, buah kurma dan sedikit air. Tapiskan dan kemudian bolehlah diminum. InsyaAllah bila dah cukup bahan nak cuba lah. Ntah apa la rasanya ek... Huhu~


KHASIAT BADAM UNTUK IBU HAMIL

Tahukah anda badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang?

Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.


KHASIAT KISMIS

1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan)
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit.
5. Membantu pelajar meningkat memori dan hafalan (tradisi perubatan islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

Buku Pink [Buku Rawatan Ibu Mengandung] & Week 10


Beberapa hari lepas pergi Klinik Kesihatan kat Presint 3. Dah buat Buku Pink ^_^. Ingatkan susah tapi rupanya mudah je. Jom lihat apa yang kita perlu dilalui untuk first pemeriksaan ni.




1 - Memula dapatkan tarikh appointment dahulu di Kaunter Pendaftaran Klinik ~ Saya dah pergi 2 minggu lepas.
2 - Pada hari appointment datang ke klinik dan beratur dulu untuk amik nombor giliran. Akan dapat 2 copy angka giliran. 1 kita pegang, 1 lagi kita klip bersama Kad Pengenalan dan Kertas Appointment.
3 - Nurse di Kaunter Pendaftaran akan panggil dan kita akan diberikan 2 buah Buku Pink. Isikan butiran yang diperlukan di muka depan buku. Waktu tu juga nurse akan tanya tentang background kesihatan keluarga, tarikh last period, tarikh nikah dan sbgnya.
4 - Serah buku dan tunggu angka giliran keluar.
5 - First bilik pemeriksaan kita akan buat Blood Test. Nurse akan terangkan tujuan darah diambil dan jika faham, kita akan tandatangan di helaian setuju di Buku Pink.
6 - Selesai Blood Test terus buat Urine Test. Ambil botol disediakan dalam box dan catatkan angka giliran kita di botol. Selesai, tinggalkan botol urine tadi bersama Buku Pink dalam bakul di kaunter yang disediakan.
7 - Tunggu lagi sehingga nombor giliran keluar.
8 - Kali ni di bilik pemeriksaan kedua. Nurse akan suruh baring dan akan buat Breast Checking dan Timbang. Nurse juga akan tanya tarikh kita last period, apakah simptom-simptom yang kita rasa. Ada loya, muntah tak. Dia akan nasihat apa yang perlu dibuat. Nak tanya pape pun boleh. Dan katanya Keputihan adalah normal pada waktu mengandung. Bahkan akan lebih banyak dari biasa. Jadi rajin-rajin tukar pantyliner. Kita juga akan diberikan terus 4 jenis supplement : Vitamin B Kompleks, Iron Tablet, Asid Folic dan Ascorbic Acid.
9 - Tunggu lagi sehingga nombor giliran keluar.
10 - Kali ni di bilik pemeriksaan ketiga. First timer jadi kena jumpa doktor. Doktor akan buat Ultrasound dan berikan nasihat sikit-sikit. Itu sahaja.
11 - Bawa Buku Pink ke kaunter pendaftaran dan dapatkan tarikh appointment baru.
12 - Selesai.

Semuanya dari 8 pagi - 10:15 pagi. Urusan dia kejap jer tapi lihat pada ramai tak ramai la yang datang klinik hari tu...

Ultrasound. Kalau tengok kat gambar dia tulis dah hamil 11 minggu 1 hari (mustahil sebab kalau ikut perkiraan sendiri time tu saya baru hamil 10 minggu ++ je) . EDD plak adalah 13 June 2012. Giler lari seminggu dari tarikh EDD sebenar. Serius rasa doktor ni mesti salah buat scan. Sebab nurse pun kata EDD 19 June atau 22 June (waktu check kat klinik Az-Zahrah) Lebih kurang tarikh itu je patutnya. Erm... tak puas hati tetiba sebab dah rasa keliru. Tak sabar tunggu 2nd checkup. Nak tengok betul-betul scan tu. Salah lagi memang naya makin keliru...




10 WEEKS

Now that you’ve reached 10 weeks, you can stop wondering when you’ll start to actually look pregnant. It’s probably right around now, as your baby continues her rapid growth and your tummy starts to develop some extra curve (of course, you still might be the only one who notices). In the process, your ligaments and muscles are starting to stretch, so don’t be surprised if you start feeling some aches and pains. While, some moms-to-be don’t really get them, others find these sensations -- called “round ligament pain” -- well, downright painful. Your breasts have probably gotten bigger too, since they’ve been prepping for breastfeeding for weeks already! That’s why week 10 is probably a good time to stock up on some new, looser clothes -- and maybe your first round of maternity wear. Don’t go too crazy though. As your body continues to change, you’ll likely want to get some more essentials along the way.

Your baby's the size of a prune!
Now, she's about 1.2 inches long and weighs about .14 ounces. Her body length will almost double in the next three weeks.

Your Baby at 10 Weeks
  • Baby has working arm joints, and her cartilage and bones are forming
  • Her vital organs are fully developed and they're starting to function
  • Her fingernails and hair are starting to appear, too
  • Plus, she's swallowing and kicking in there. (Can you believe it?!)


Pregnancy symptoms at 10 weeks (Yup, inilah yang benar-benar sedang terjadi)
  • You may have aches and pains in your abdomen, as baby's putting a pressure on your organs, veins, muscles and ligaments.
  • You're probably still feeling nauseated and emotional.
  • Tired! Not only is your body working really hard to grow baby, but your sleep might be distrupted by some pretty weird dreams.
  • An increase in vaginal discharge (ew!)
  • Bigger belly and boobs -- this is around the time you probably can start to see some real changes in your body.
  • Visible veins -- those blue streaks are carrying a ton of extra blood to baby.

Source : The Bump



Fetus hanya sepanjang 1.2 inci / 3 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya kurang dari satu per enam auns / 4 gram. Walaupun begitu, ia tetap giat menelan dan menendang. Setiap hari banyak butiran kecil mula muncul, seperti kuku jari dan rambut yang kelabu seperti bulu.

Organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - telah terbentuk lengkap dan berfungsi, manakala kepala berukuran hampir setengah daripada ukuran panjang sepenuh badan. Dahi terbonjol buat sementara dan bertempat tinggi di kepala, tetapi akan kemudian bertukar dan kelihatan lebih mirip raut manusia. 

Jika anda dapat melihat bayi anda pada minggu ini, anda akan nampak rangka spina atau tulang belakang. Saraf spina menjalar keluar dari korda spina. 

Uterus anda sekarang adalah sebesar limau gedang. Dengan bantuan Doppler, stetoskop tangan gelombang bunyi, anda akan dapat mendengar denyutan jantung fetus yang pantas - seorang ibu hamil menyamakannya dengan bunyi kuda-kuda kecil menderap.

Sumber : Baby Centre



Saturday, November 12, 2011

Ultrasound


Apakah itu skan ultrasound?
Skan ultrasound melibatkan penghantaran bunyi frekuensi tinggi melalui uterus. Bunyi itu melantun dari bayi dan gema yang melantun kembali itulah yang diterjemah oleh komputer untuk menghasilkan imej atas skrin yang menampakkan posisi dan pergerakan bayi. Tisu keras seperti tulang memantul gema yang sangat besar yang menjelma sebagai warna putih dalam imej, dan tisu lembut kelihatan kelabu dan berbintik. Bendalir (seperti bendalir amnion dalam mana bayi terapung) tidak memantul sebarang gema, jadi kelihatan hitam. Perbezaan-perbezaan dalam kegelapan warna imej yang berlainan antara warna putih, kelabu dan hitam itulah yang membolehkan pakar obstetrik anda menginterpretasikan gambar skan. 

Kebanyakan ibubapa menunggu skan dengan gembira sebab ianya memberi imbasan bayi mereka buat pertama kali. Doktor anda mungkin memberikan anda salinan cetak imej bayi anda untuk kenang-kenangan. Namun begitu, adalah penting untuk mengingati bahawa tujuan utama skan itu bukanlah untuk mendapatkan foto pertama untuk album bayi anda, atau untuk mengetahui jantina bayi. Ia adalah untuk menentukan samada bayi anda membesar dan berkembang secara normal. 

Untuk apakah skan ultrasound?
Tertakluk kepada peringkat kehamilan anda semasa ianya dilakukan, skan ultrasound boleh :
  • Memeriksa jantung bayi untuk mendengar denyutannya.
  • Menentukan samada anda mengandung satu bayi atau lebih.
  • Mengesankan kehamilan ektopik, di mana embrio tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopio.
  • Menentukan punca sebarang pendarahan yang anda sedang alami.
  • Menetapkan tempoh kehamilan anda dengan mengukur panjang bayi.
  • Menilai risiko sindrom Down dengan mengukur bendalir di belakang leher bayi pada 11 minggu hingga ke 13 minggu termasuk enam hari (apa yang dikatakan skan lut chaya nuka atau nuchal translucency scan).
  • Menentukan mengapa keputusan ujian saringan darah tidak normal.
  • Membantu dalam membuat ujian diagnostik dengan selamat, seperti CVSatau amniosentesis sebab ianya dapat menunjukkan posisi bayi dan plasenta.
  • Memeriksa bayi untuk menentukan yang semua organ telah membesar secara normal.
  • Mendiagnosis beberapa ketaknormalan, sepertispina bifida.
  • Menilai bendalir amnion yang ada dan menetapkan kedudukan plasenta.
  • Mengukur kadar pertumbuhan bayi dengan melakukan beberapa skan.

Bagaimanakah skan itu dilakukan?
Jika anda melakukan skan semasa kehamilan awal (bacalah lebih lanjut tentangskan semasa trimester pertama), anda perlu minum beberapa gelas air terdahulu supaya pundi kencing anda menolak uterus keluar dari pelvis, justeru membolehkan doktor mendapatkan gambar bayi yang jelas. Dia akan menyapu gel di atas perut anda dan akan mengerakkan transduser tangan yang kecil merata-rata kulit anda untuk mendapatkan gambaran bayi yang jelas. 

Jika bayi anda berada terlalu dalam di dalam uterus anda, atau jika anda berlebihan berat badan, imej-imej itu tidaklah berapa jelas, jadi skan vagina mungkin perlu. Transduser vagina adalah panjang dan kurus supaya sesuai dimasukkan ke dalam vagina. Doktor akan menggunakan sarung (sama seperti kondom) dan akan menyapukan banyak gel padanya supaya licin dan senang masuk. Tidak perlu untuk memasukkannya terlalu dalam, dan ianya tidak akan membahayakan bayi anda langsung. Skan vagina memberikan gambar bayi anda yang lebih jelas, terutama sekali pada peringkat awal kehamilan. 

Bilakah skan dijalankan?
Panduan Kementerian Kesihatan mengesyorkan skan setiap empat minggu sampai minggu ke 28. Kemudian anda akan diskan dua minggu sekali sehingga bulan terakhir, apabila anda akan di skan setiap minggu. 

Adalah disyorkan agar semua wanita hamil menjalankan skan penentuan tarikh pada trimester pertama – sebaik-baiknya semasa hamil minggu 10 hingga 13 – untuk mengesahkan tarikh mengandung. Ini amat penting jika anda berhajat membuat ujian saringan untuk sindrom Down, sebab mengetahui tarikh sebenar menjaminkan keputusan yang tepat. 


Sumber : BabyCentre

Week 8 & Ultrasound


Hari ni dah 8 minggu 1 hari. Khamis lepas pergi Az Zahrah semula untuk check kandungan. Alhamdulillah... baby cantik dah duk dalam rahim. Kata doktor ;p... Jadi maksudnya bleeding dan brownish discharge hari tu hanyalah disebabkan implantation.




Allah je yang tahu kami rasa bila first time tengok ada nyawa lain dalam dalam badan. Excited. Baby masih kecik lagi dan waktu scan tu tetiba nampak cahaya dan ianya berdegup pantas sgt. Itulah degupan jantung baby ^___^. Husband pun teruja tengok. Sekarang ni dah kena buat ticker baru sebab doktor dah bagi due date iaitu 22 Jun 2012. Jadinya waktu scan ritu baby dah 7 minggu 6 hari walaupun tempoh hamil +- dah 8 minggu 1 hari... Doktor tak bagi ubat pape since masih ada Asid Folic kat rumah. Cuma katanya boleh start minum susu...

Sekarang ni dah start rasa morning sickness setiap hari. Selalunya waktu pagi sampailah petang. Kadang2 muntah juga waktu berus gigi pepagi. Rasa lapar hampir setiap 2-3 jam sekali. Siap perut berbunyi lagi tu walaupun baru je lepas makan. Jadi setiap hari kat pejabat make sure bekalan makanan sentiasa ada. Buah wajib. Selalunya yang berkesan kurangkan loya adalah mangga muda. Tapi nak kurangkan. Jadi ganti dengan buah jambu batu atau oren. Kismis pun berkesan gak.



Your baby at 8 weeks
You can't feel it yet, but she's moving those arms and legs like crazy! Her fingers and toes are now only slightly webbed, and her tail (yes, she had one) is gone. 

Fun fact 
Your baby's taste buds are now forming.

Pregnancy symptoms at 8 weeks
  • Bigger, heavier, sore breasts, as milk producing lobules in your boobs start to expand.
  • Fatigue and/or nausea (yup, still).
  • Early pregnancy cramps -- the ligaments in your abdomen are stretching as your uterus expands.
  • Other tummy issues: constipation, indigestion, bloating or heartburn.
  • A heightened sense of smell.
  • Weird dreams -- get used to them; they're totally normal throughout pregnancy.

Your must-do's
  • Have your first prenatal checkup, if you haven't already.
  • Schedule prenatal testing.

Your nice-to-do's
  • Make sure you're drinking plenty of water.
  • Pull out your "fat pants" or buy a pair because you will need them.
  • Buy a BellaBand maternity band to help clothes to cover.

8 Weeks Pregnant

Tahniah - embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter. Banyak perubahan berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata. 

Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah, sehingga anda terpaksa menyimpan jean kegemaran anda sehingga tahun depan. Jika anda banyak meminum air mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu. 



Sunday, November 6, 2011

Week 7

Selamat Hari Raya Aidiladha... Hari ni tempoh hamil dah 7 Minggu 6 Hari.
Pepagi tahun ni beraya dengan husband dulu.
Tak balik kampung kat Utara pun..
Keadaan kesihatan tak mengizinkan untuk berjalan jauh melebihi 8 jam.
Lagipun 2 minggu lagi adik ipar kahwin. Barulah balik..

Sat g nak balik umah umi abah.
Beraya dengan dorang je la tahun ni.
Dekat jer... 45 minit sampailah.
Ingat nak bagitau dorang keadaan saya.
Mungkin boleh doakan kesihatan dan semoga kehamilan ini akan berjaya.


Semalam buat UPT lagi guna ClearBlue. Masih positif. [rasa macam ketagih buat upt dah skg ni. adoi]
Hari ni first time muntah.
2/3 hari lepas morning sickness jer.
Loya-loya sikit.
Makan pelam dah okay ;p

Doktor kata 8 minggu baru boleh scan.
Means minggu depan bolehlah pergi klinik.
AzZahrah or AnNur?
Ramai kata AnNur bagus sebab doktor senior dia adalah daripada AzZahrah.
Tapi mahal sikit lah.

Tak sabar nak tengok keadaan kandungan ni.
Harap dan doakan semoga lekat.
InsyaAllah. Kini hanya doa dan tawakal sahaja...


p.s : seronok dengar husband bisik malam-malam kata nanti baby lahir comel mcm mama dia... Hehehe... ingat kita tido lah tu tak dengar. Tau dia pun mengharap...

Thursday, November 3, 2011

Vaginal Bleeding During Early Pregnancy


Tadi google tentang brownish discharge and bleeding during early pregnancy. Ini beberapa info yang berjaya diperolehi. Tawakkal kepada Allah sahaja lah sekarang ni...

Bleeding in early pregnancy (the first three months) is a sure-fire way to upset a newly expectant mom. Red spots on your underwear can make you think you're going to lose your baby, almost as soon as you've gotten used to the idea of being pregnant. If this happens to you, take it easy. You should call your doctor and report the bleeding, but it's most likely nothing to worry about.

In early pregnancy, vaginal bleeding that is not a cause for worry can be the result of either of the following conditions :

  • Settling in. There is occasional, light bleeding when the fertilized egg attaches itself to the wall of your uterus.
  • Hormonal changes. It's not all that unusual for a pregnant woman to bleed at the time she would normally menstruate. This bleeding is usually light and short-lived.
Although most bleeding is nothing to worry about, it's also true that bleeding in early pregnancy can, in some cases, signal a problem. It can be a sign of two dangers:
  • Miscarriage. Heavy bleeding, along with abdominal pain, might mean that you are experiencing a miscarriage (birth of the baby before it is old enough to survive outside the womb). At this point there is nothing you can do to stop the miscarriage, but you should call your doctor immediately to make sure you receive medical care.
  • Ectopic pregnancy. Brown vaginal spotting or light bleeding accompanied by abdominal pain on one side can mean an ectopic pregnancy. This happens when the egg is implanted outside the uterus and can't grow to full term in that location.
In both of these cases, the embryo cannot be carried to full term and the pregnancy ends.


2 - Major causes of brown spotting

There are various theories and opinions regarding this particular problem of brown spotting and the below given factors are believed to be most likely causes of brown spotting during pregnancy.

  • One of the major causes of brown spotting during pregnancy is sexual intercourse. As the cervix becomes very sensitive and tender during pregnancy , intercourse would lead to tear cervix which in fact results in brown spotting.
  • Implantation bleeding is another cause of this brown spotting. This occurs around two weeks post to conceived date that is when fertilized eggs get implanted on the uterus. The mild bleeding or brown spotting would continue for a day or two.
  • The vaginal infections like genital HPV, bacterial vaginosis or yeast infection are some of the causes of brown spotting during pregnancy. This infection leads to irritation, itchiness or burning sensation around vaginal area.
  • One of the severe causes of brown spotting is possibility of ectopic pregnancy. In this case, the embryo gets planted normally on fallopian tubes and starts to develop. This affects the woman’s health and hence one should make sure that it is terminates at the earliest.
    If a pregnant woman experiences any sort of heavy brown discharge or spotting then she should consult her doctor immediately and get it diagnosed. Excessive brown spotting during early pregnancy is one of the symptoms to worry about. If this discharge is associated with thick red color discharge and severe cramps then pregnant woman should instantly approach her gynecologist. A light brown discharge or spotting in early pregnancy is not a thing to worry because it has been scientifically proved that it’s the old blood left over from the implantation.




Still Bleeding


Sejak sabtu sampailah tengahari semalam bleeding warna coklat cair je. 
Tiba-tiba petang semalam waktu balik kerja warna bercampur dgn merah. 
Jadi lah merah + coklat. 
Takde lah banyak sampai perlu tukar pad. 
Tapi still membimbangkan. 
Mungkin sebab banyak keje sangat semalam. 

Jadi, hari ni EL. 
Rugi lagi cuti sehari.
Kalau nak amik mc pun g klinik dah kena berapa RM. 
Last-last doktor boleh kata kita tunggu sampai 8 weeks. 
Kalau scan dan upt masih positif, ada rezeki. 
Takde, means dah keluar bersama bleeding ni. T_T

Hari ni kena rehat secukupnya lah.