pregnancy calendar  BabyFruit Ticker pregnancy due date

Wednesday, October 12, 2011

Al-Fatihah & Takziah


Hari ni salah seorang ketua di pejabat keguguran. 

Kandungan dah hampir 6 bulan T_T. 

Bermula pada hari Khamis lepas dia kata bleeding. Dapat MC untuk hari Jumaat ~ disuruh berehat. Tapi waktu ke tandas pada keesokan hari tu dia rasa macam ada something jatuh. Isnin masuk wad dah pagi tadi kena D&C sebab baby dah takde... 

Takziah diucapkan dan semoga beliau tabah menghadapi dugaan-Nya.

Sunday, October 9, 2011

Mencipta Kenangan Bersama Sony SLT A77


Walaupun tak tahu bila nak preggy tapi awal-awal dah beli camera baru. Yelah, nanti nak rakam perkembangan bayi dan ibu ^__^. Semangat tu nak ada baby. Doakan kami semoga berjaya k. Siang tadi pergi KL Photography Festival kat Mid Valley... Akhirnya lepas dah pilih-pilih, buat pilihan untuk beli Sony. Dapat juga beli gadget idaman yang diidam-idamkan... Boleh lah mencipta kenangan bersama camera ni. Nak amik gambar dan video banyak-banyak.

~(‾▿‾~) ~(‾▿‾)~ (~‾▿‾)~

Saturday, October 8, 2011

Berurut


Umi dari lepas raya dah soh balik kampung pergi berurut. Yelah, orang tua-tua ni risau kot tengok anak tak mengandung lagi... T_T Umi nak bawak g kat tempat kak ipar pergi berurut. Tukang urut tu bagus la kot sebab elok2 dalam bulan tu juga kak ipar hamil. Seronok kan? 

Kalau ikut plan, sabtu ahad ni nak pergi. Sebab kalau TTC Cycle 1 tak berhasil, mungkin akan period hari selasa atau rabu. Ikut bacaan kat internet, dorang galak g berurut selepas habis period. 

Agak-agak sakit tak? 

o_O

Kasut Hilang

EEEEEE.
Geram betul la.
Geram!
Nak kuar rumah tadi tengok satu kasut husband hilang.
Baru sebulan belikan dia kasut tu.
Bukan nampak mahal pun.
Kasut keje tak nak plak amik.
Ntah sesapa la bodoh sangat.
Macam dah takde keje lain selain mencuri.

HUH!

Thursday, October 6, 2011

Doa Mohon Rezeki Zuriat Baka Yang Baik


Dalam kita memohon zuriat dari Allah Taala, tiada doa yang paling baik dan paling mustajab melainkan berdoa mengikut cara Nabi dan Rasul lebih-lebih lagi yang terakam dalam Al-Quran. Sebenarnya, para Nabi dan Rasul ada juga yang diuji oleh Allah lambat dikurniakan zuriat dan Allah sendiri telah merakamkan doa-doa mereka ini di dalam Al-Quran sebagai panduan kepada hambanya untuk memohon rezeki zuriat ini.

Antara Nabi dan Rasul yang diuji dalam hal ini ialah Nabi Zakaria Alaihissalam. Terdapat juga doa-doa lain yang dirakamkan di dalam Al-Quran berkaitan zuriat seperti doa Nabi Ibrahim Alaihissalam.

Berikut adalah sebahagian doa. (sila rujuk Al-Quran dan terjemahannya).




1) Surah Ali Imran ( Ayat 38)
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (Menerima) do'a."


2) Surah Al-Maidah (Ayat 114)
Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki."


3) Surah Hud ( Ayat 6)
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).


4) Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan."


5) Surah Al Anbiya' (Ayat 89)
Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan  Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi."


6) Surah Al-Furqan (Ayat 74)
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


7) Surah As-Soffat (Ayat 100)
Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.



Doa untuk Mendapat Baka & Zuriat Yang Baik

Doa Sebelum Bersetubuh

Doa Nabi Zakaria A.S. untuk Mendapatkan Zuriat Sejahtera



Berdoalah banyak-banyak kepada Allah disetiap pagi dan petang. Semoga saya dan anda semua beroleh keberkatan dan keampunan serta rezeki dari Allah Taala.

Wallahua'lam.


Perubahan Badan Wanita Hamil


Pembesaran Uterus

Uterus Membesar
1. Otot-otot menjadi hipertropi dan hiperplasia
2. Saiz sebelum mengandung 7.5x5x2.5cm
3. Saiz cukup bulan 30x23x20cm
4. Berat 60-900gm
5. Organ-organ pembiakan lain juga berubah

Payudara Membesar
1. 3-6 minggu - rasa senak-senak, bisa-bisa dan berat
2. 12 minggu - pigmentasi bertambah, puting dan areola gelap. Kalenjar montgomeri nyata
3. 16 minggu - kolostrum [susu awal ibu] dan areola secondum semakin timbul

Sistem Jantung
1. Isipadu darah bertambah
2. Denyutan nadi bertambah 10-15/mins
3. Tekanan darah turun awal mengandung 5-10mmHg dan kembali normal selepasnya

Sistem Buah Pinggang
1. Kerap kencing - pembesaran uterus dan penambahan turasan buah pinggang
2. Infeksi salur kencing - pengaliran air kencing jadi lambat
3. Oedema - air badan bertambah 6-8%

Sistem Gastrousus
1. Gusi kembang dan lembut - mudah berdarah dan gingivitis
2. Perut dan usus tertekan - sembelit dan pedih hati
3. Vena bawah uterus tertekan - hemoroid
4. Tonus otot perut & gerakan usus lembab - rasa loya dan mual

Otot Skeletal
1. Ligamen dan otot longgar
2. Postur badan berubah - perut ke depan punggung ke belakang
3. Sakit dan sengal sendi
4. Sakit dan kebas jari tangan


Kulit
Pigmentasi bertambah
1. Pigmentasi muka -chloasma
2. Pigmentasi dilinea alba - linea nigra
3. Pigmentasi di payudara
4. Pigmentasi di kulit yang berkedut

Kulit tertarik dan jadi nipis - strie gravidarum, terutama di abdomen, payudara dan peha

Hormon Estrogen & Progestron
Menyedia badan untuk kehamilan, labour dan penyusuan

Berat Badan
1. 20 minggu pertama - bertambah 2.0kg [0.5kg/month]
2. 20 minggu kedua - bertambah 10.0kg [0.5kg/minggu]    
Jumlah= 12kg



Wednesday, October 5, 2011

TTC Cycle 1


2,3 hari ni perut asyik sakit je. Macam nak period pun ada. Tapi hari ni baru day 24. Kalau diikutkan next week baru period. Siang-siang kuat tidur, makan bertambah-tambah, sistem pembuangan tak betul. Takkan sebab effect daripada makan VCO kot. Aduh... kalau ada pembawakan budak seronok juga ^_^ tapi kalau bukan, risau gak keadaan badan. Jenuh nak buang balik lemak-lemak badan yang rasa makin bertambah ni T_T