pregnancy calendar  BabyFruit Ticker pregnancy due date

Thursday, October 6, 2011

Doa Mohon Rezeki Zuriat Baka Yang Baik


Dalam kita memohon zuriat dari Allah Taala, tiada doa yang paling baik dan paling mustajab melainkan berdoa mengikut cara Nabi dan Rasul lebih-lebih lagi yang terakam dalam Al-Quran. Sebenarnya, para Nabi dan Rasul ada juga yang diuji oleh Allah lambat dikurniakan zuriat dan Allah sendiri telah merakamkan doa-doa mereka ini di dalam Al-Quran sebagai panduan kepada hambanya untuk memohon rezeki zuriat ini.

Antara Nabi dan Rasul yang diuji dalam hal ini ialah Nabi Zakaria Alaihissalam. Terdapat juga doa-doa lain yang dirakamkan di dalam Al-Quran berkaitan zuriat seperti doa Nabi Ibrahim Alaihissalam.

Berikut adalah sebahagian doa. (sila rujuk Al-Quran dan terjemahannya).




1) Surah Ali Imran ( Ayat 38)
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (Menerima) do'a."


2) Surah Al-Maidah (Ayat 114)
Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki."


3) Surah Hud ( Ayat 6)
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).


4) Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan."


5) Surah Al Anbiya' (Ayat 89)
Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan  Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi."


6) Surah Al-Furqan (Ayat 74)
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


7) Surah As-Soffat (Ayat 100)
Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.



Doa untuk Mendapat Baka & Zuriat Yang Baik

Doa Sebelum Bersetubuh

Doa Nabi Zakaria A.S. untuk Mendapatkan Zuriat Sejahtera



Berdoalah banyak-banyak kepada Allah disetiap pagi dan petang. Semoga saya dan anda semua beroleh keberkatan dan keampunan serta rezeki dari Allah Taala.

Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment