Hari ni bleeding ada lagi sikit-sikit.
Macam siang tadi masih darah merah.
Malam ni tinggal darah coklat sahaja.
Perut kadang-kadang macam sakit tapi lepas tu hilang.
Datang dan pergi.
Tak tahulah.
Ada 2 minggu lagi perlu tunggu untuk UPT lagi sekali.
~ You’re my starlight, the starlight of my heart... You’re my moonlight, my precious moonlight ~
Saturday, October 29, 2011
Pusat Rawatan Islam Az Zahrah
Malam tadi sebelum pergi klinik buat upt lagi sekali.
Masih 2 lines. Merah pekat lagi.
Mungkin sebab darah kot.
Kul 9 lepas husband balik terus jumpa doktor.
Dia pun kata baru 6 minggu kalau nak scan pun tak nampak apa-apa.
Katanya waktu ni memang crucial.
Ada sesetengah orang memang akan dapat spotting tapi dalam my case bleeding macam period.
Jadi dia suruh tengok dulu condition dalam minggu ni.
UPT tak perlu buat lagi.
Sebab katanya kalau tak jadi pun, upt akan ambil masa 1-2 minggu untuk bertukar dari 2 ke 1 line.
Skrg ni kalau bleeding sampai ada cloth atau darah beku keluar means dah takde rezeki la tu.
Tak perlu buat D&C sebab time ni belum jadi apa-apa pun.
Cuma kalau nak jumpa pakar untuk scan boleh.
Tapi kena buat appointment during office hours sahaja.
Tapi tak jamin apa akan nampak kalau buat sekarang.
Memang sebaiknya untuk scan adalah 8 minggu ke atas.
Doktor bagi ubat kuatkan rahim 9 biji ~ Duphaton. Bayar RM43 untuk semua. Consultation dan ubat.
3 biji sehari lepas makan. Means cukup bekalan untuk 3 hari sahaja.
Dan harapkan ok la.
Pagi ni bleeding dah semakin kurang.
Harap-harap terus berkurangan dan stop.
Friday, October 28, 2011
Brownish Discharge + Bleeding
Tengahari tadi waktu kat ofis bleeding.
Darah warna merah terang.
Period?
Miscariage?
Normal condition untuk preggy?
T_T.
Kena buat UPT semula. Kalau positive / 2 lines means emergency.
Kena jumpa doktor malam ni juga.
Darah warna merah terang.
Period?
Miscariage?
Normal condition untuk preggy?
T_T.
Kena buat UPT semula. Kalau positive / 2 lines means emergency.
Kena jumpa doktor malam ni juga.
Monday, October 24, 2011
MC
Tengahari tadi pergi Klinik Sri Permai kat Presint 9.
Tak bagus lah kliniknya. Doktor bukan pakar sakit puan.
Budak kaunter pun menyombong.
Waktu masuk kat dalam dah terangkan pada doktor tentang brownish discharge tu.
Dia tak nampak pakar tentang apa yang tengah jadi pada badan saya.
Dia cuma cadangkan pergi ke Hospital untuk check.
Kalau nak scan katanya boleh tapi takkan nampak pape.
Tapi bila tanya kat hospital nanti dorang buat apa dia kata akan scan juga.
Tapi pakar lah akan buat.
T_T. Apa jadi pada diri saya ni...

EL
Hari ni EL. Terpaksa. Perut kadang-kadang sakit. Masih bimbang.
Jadi perlu berehat dan berehat untuk make sure takde apa-apa.
Sampai ke hari ni belum g jumpa doktor untuk buat buku merah.
Ada yang kata terlalu awal nanti misi tak layan.
Mungkin 2 minggu lagi kot baru pergi.
Ingat pergi dulu klinik swasta untuk sahkan dan scan baru ke klinik kerajaan untuk daftar.

Kalau saya berubah, biarkanlah.
Kerana emosi mengawal diri.
Mungkin ia tak lama bila saya dah tenang.
Kalau saya membenci, biarkanlah.
Kerana saya tak bermaksud pun.
Dalam hati saya masih kamu yang satu.
Cuma saya perlukan masa untuk mencari semula diri saya yang hilang.
Saya nak memandang kamu dengan pandangan seperti sebelum ini.
Maafkan saya...

Sunday, October 23, 2011
Kadang-kadang dugaan Allah tu sangatlah menyakitkan.
Satu demi satu diuji.
Buat hidup ni rasa takde makna, takde apa yang nak diharapkan lagi.
Hanya mereka yang kuat semangat je akan bangkit semula.
Persoalannya :
Mampu kah saya?
Satu demi satu diuji.
Buat hidup ni rasa takde makna, takde apa yang nak diharapkan lagi.
Hanya mereka yang kuat semangat je akan bangkit semula.
Persoalannya :
Mampu kah saya?
Saturday, October 22, 2011
Brownish Discharge
2 hari ni rasa pelik la. Macam malam tadi dan pagi tadi ada cairan macam warna coklat. Sikit je la dan cair. Lebih kurang macam cairan yang keluar masa hari pertama period.
So, pagi tadi buat lagi UPT. Keputusan masih positive. Ada 2 lines.
Bimbang.
Wednesday, October 19, 2011
First UPT Result
Alhamdulillah ^___^. Seronok tak terhingga bila buat UPT ni.
Buat hari sabtu lepas lepas bangun pagi.
Ingat nak tunggu dulu tapi disebabkan siang tu nak balik kampung konon nak pergi berurut.
Takut la kot-kot dah lekat, pergi berurut jadi kes naya plak nanti.
Tapi last-last tak jadi jugak sebab jadual makcik tu dah full. pergh...
Masuk hari ni dah seminggu lewat period..
Tapi kadang-kadang sakit gak perut. Macam waktu sebelum period tu.
Apapun, kena tunggu jumpa doktor untuk sahkan keputusan ni...
Kalau sah memang bersyukur sangat-sangat!
Friday, October 14, 2011
CD 33
Tadi umi telefon kata cancel berurut minggu ni.
Makcik tu glamor sangat kot sampai kena buat appointment dulu.
Ngeh3...
Setakat petang ni cik P yang biasa datang tiap2 bulan tu belum muncul lagi.
Please don't supaya saya boleh buat UPT esok lusa.
Makcik tu glamor sangat kot sampai kena buat appointment dulu.
Ngeh3...
Setakat petang ni cik P yang biasa datang tiap2 bulan tu belum muncul lagi.
Please don't supaya saya boleh buat UPT esok lusa.
Thursday, October 13, 2011
CD 32
Tengah tertanya-tanya which 'P' is coming up.
Takut nak letak harapan tapi memang mengharap.
Takut nak letak harapan tapi memang mengharap.
Wednesday, October 12, 2011
Kehamilan Luar Rahim / Ectopic Pregnancy
Apa itu Mengandung Luar Rahim
Kandungan Luar Rahim atau "Ectopic Pregnancy". Ia membawa maksud, embrio yang telah dipersenyawakan membesar bukan pada tempatnya iaitu di luar daripada rahim. 98% daripada kandungan luar rahim ini ialah pada kawasan tiub fallopia dan ia dipanggil "Tubal Pregnancy". Yang lain-lain ialah di serviks, di dalam kawasan abdomen (omentum atau peritoneum) dan ovari.
Al-Fatihah & Takziah
Hari ni salah seorang ketua di pejabat keguguran.
Kandungan dah hampir 6 bulan T_T.
Bermula pada hari Khamis lepas dia kata bleeding. Dapat MC untuk hari Jumaat ~ disuruh berehat. Tapi waktu ke tandas pada keesokan hari tu dia rasa macam ada something jatuh. Isnin masuk wad dah pagi tadi kena D&C sebab baby dah takde...
Takziah diucapkan dan semoga beliau tabah menghadapi dugaan-Nya.
Sunday, October 9, 2011
Mencipta Kenangan Bersama Sony SLT A77
Walaupun tak tahu bila nak preggy tapi awal-awal dah beli camera baru. Yelah, nanti nak rakam perkembangan bayi dan ibu ^__^. Semangat tu nak ada baby. Doakan kami semoga berjaya k. Siang tadi pergi KL Photography Festival kat Mid Valley... Akhirnya lepas dah pilih-pilih, buat pilihan untuk beli Sony. Dapat juga beli gadget idaman yang diidam-idamkan... Boleh lah mencipta kenangan bersama camera ni. Nak amik gambar dan video banyak-banyak.
~(‾▿‾~) ~(‾▿‾)~ (~‾▿‾)~
Saturday, October 8, 2011
Berurut
Umi dari lepas raya dah soh balik kampung pergi berurut. Yelah, orang tua-tua ni risau kot tengok anak tak mengandung lagi... T_T Umi nak bawak g kat tempat kak ipar pergi berurut. Tukang urut tu bagus la kot sebab elok2 dalam bulan tu juga kak ipar hamil. Seronok kan?
Kalau ikut plan, sabtu ahad ni nak pergi. Sebab kalau TTC Cycle 1 tak berhasil, mungkin akan period hari selasa atau rabu. Ikut bacaan kat internet, dorang galak g berurut selepas habis period.
Agak-agak sakit tak?
o_O
Kasut Hilang
EEEEEE.
Geram betul la.
Geram!
Nak kuar rumah tadi tengok satu kasut husband hilang.
Baru sebulan belikan dia kasut tu.
Bukan nampak mahal pun.
Kasut keje tak nak plak amik.
Ntah sesapa la bodoh sangat.
Macam dah takde keje lain selain mencuri.
HUH!

Thursday, October 6, 2011
Doa Mohon Rezeki Zuriat Baka Yang Baik
Dalam kita memohon zuriat dari Allah Taala, tiada doa yang paling baik dan paling mustajab melainkan berdoa mengikut cara Nabi dan Rasul lebih-lebih lagi yang terakam dalam Al-Quran. Sebenarnya, para Nabi dan Rasul ada juga yang diuji oleh Allah lambat dikurniakan zuriat dan Allah sendiri telah merakamkan doa-doa mereka ini di dalam Al-Quran sebagai panduan kepada hambanya untuk memohon rezeki zuriat ini.
Antara Nabi dan Rasul yang diuji dalam hal ini ialah Nabi Zakaria Alaihissalam. Terdapat juga doa-doa lain yang dirakamkan di dalam Al-Quran berkaitan zuriat seperti doa Nabi Ibrahim Alaihissalam.
Berikut adalah sebahagian doa. (sila rujuk Al-Quran dan terjemahannya).
1) Surah Ali Imran ( Ayat 38)

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (Menerima) do'a."
2) Surah Al-Maidah (Ayat 114)
Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki."
3) Surah Hud ( Ayat 6)
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
4) Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan."
5) Surah Al Anbiya' (Ayat 89)

Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi."
6) Surah Al-Furqan (Ayat 74)
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
7) Surah As-Soffat (Ayat 100)
Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.

Doa untuk Mendapat Baka & Zuriat Yang Baik
Doa Sebelum Bersetubuh
Doa Nabi Zakaria A.S. untuk Mendapatkan Zuriat Sejahtera
Berdoalah banyak-banyak kepada Allah disetiap pagi dan petang. Semoga saya dan anda semua beroleh keberkatan dan keampunan serta rezeki dari Allah Taala.
Wallahua'lam.
Perubahan Badan Wanita Hamil
Pembesaran Uterus
Uterus Membesar
1. Otot-otot menjadi hipertropi dan hiperplasia
2. Saiz sebelum mengandung 7.5x5x2.5cm
3. Saiz cukup bulan 30x23x20cm
4. Berat 60-900gm
5. Organ-organ pembiakan lain juga berubah
Payudara Membesar
1. 3-6 minggu - rasa senak-senak, bisa-bisa dan berat
2. 12 minggu - pigmentasi bertambah, puting dan areola gelap. Kalenjar montgomeri nyata
3. 16 minggu - kolostrum [susu awal ibu] dan areola secondum semakin timbul
Sistem Jantung
1. Isipadu darah bertambah
2. Denyutan nadi bertambah 10-15/mins
3. Tekanan darah turun awal mengandung 5-10mmHg dan kembali normal selepasnya
Sistem Buah Pinggang
1. Kerap kencing - pembesaran uterus dan penambahan turasan buah pinggang
2. Infeksi salur kencing - pengaliran air kencing jadi lambat
3. Oedema - air badan bertambah 6-8%
Sistem Gastrousus
1. Gusi kembang dan lembut - mudah berdarah dan gingivitis
2. Perut dan usus tertekan - sembelit dan pedih hati
3. Vena bawah uterus tertekan - hemoroid
4. Tonus otot perut & gerakan usus lembab - rasa loya dan mual
Otot Skeletal
1. Ligamen dan otot longgar
2. Postur badan berubah - perut ke depan punggung ke belakang
3. Sakit dan sengal sendi
4. Sakit dan kebas jari tangan
Kulit
Pigmentasi bertambah
1. Pigmentasi muka -chloasma
2. Pigmentasi dilinea alba - linea nigra
3. Pigmentasi di payudara
4. Pigmentasi di kulit yang berkedut
Kulit tertarik dan jadi nipis - strie gravidarum, terutama di abdomen, payudara dan peha
Hormon Estrogen & Progestron
Menyedia badan untuk kehamilan, labour dan penyusuan
Berat Badan
1. 20 minggu pertama - bertambah 2.0kg [0.5kg/month]
2. 20 minggu kedua - bertambah 10.0kg [0.5kg/minggu]
Jumlah= 12kg
Wednesday, October 5, 2011
TTC Cycle 1
2,3 hari ni perut asyik sakit je. Macam nak period pun ada. Tapi hari ni baru day 24. Kalau diikutkan next week baru period. Siang-siang kuat tidur, makan bertambah-tambah, sistem pembuangan tak betul. Takkan sebab effect daripada makan VCO kot. Aduh... kalau ada pembawakan budak seronok juga ^_^ tapi kalau bukan, risau gak keadaan badan. Jenuh nak buang balik lemak-lemak badan yang rasa makin bertambah ni T_T
Subscribe to:
Posts (Atom)