pregnancy calendar  BabyFruit Ticker pregnancy due date
Showing posts with label TTC Cycle 1. Show all posts
Showing posts with label TTC Cycle 1. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Brownish Discharge

2 hari ni rasa pelik la. Macam malam tadi dan pagi tadi ada cairan macam warna coklat. Sikit je la dan cair. Lebih kurang macam cairan yang keluar masa hari pertama period.

So, pagi tadi buat lagi UPT. Keputusan masih positive. Ada 2 lines.



Bimbang.

Wednesday, October 19, 2011

First UPT Result


Alhamdulillah ^___^. Seronok tak terhingga bila buat UPT ni.
Buat hari sabtu lepas lepas bangun pagi.
Ingat nak tunggu dulu tapi disebabkan siang tu nak balik kampung konon nak pergi berurut. 
Takut la kot-kot dah lekat, pergi berurut jadi kes naya plak nanti.
Tapi last-last tak jadi jugak sebab jadual makcik tu dah full. pergh...

Masuk hari ni dah seminggu lewat period..
Tapi kadang-kadang sakit gak perut. Macam waktu sebelum period tu.

Apapun, kena tunggu jumpa doktor untuk sahkan keputusan ni...
Kalau sah memang bersyukur sangat-sangat!

  

Friday, October 14, 2011

CD 33

Tadi umi telefon kata cancel berurut minggu ni.

Makcik tu glamor sangat kot sampai kena buat appointment dulu.

Ngeh3...

Setakat petang ni cik P yang biasa datang tiap2 bulan tu belum muncul lagi.

Please don't supaya saya boleh buat UPT esok lusa.

Thursday, October 13, 2011

CD 32

Tengah tertanya-tanya which 'P' is coming up.

Takut nak letak harapan tapi memang mengharap.

Saturday, October 8, 2011

Berurut


Umi dari lepas raya dah soh balik kampung pergi berurut. Yelah, orang tua-tua ni risau kot tengok anak tak mengandung lagi... T_T Umi nak bawak g kat tempat kak ipar pergi berurut. Tukang urut tu bagus la kot sebab elok2 dalam bulan tu juga kak ipar hamil. Seronok kan? 

Kalau ikut plan, sabtu ahad ni nak pergi. Sebab kalau TTC Cycle 1 tak berhasil, mungkin akan period hari selasa atau rabu. Ikut bacaan kat internet, dorang galak g berurut selepas habis period. 

Agak-agak sakit tak? 

o_O

Wednesday, October 5, 2011

TTC Cycle 1


2,3 hari ni perut asyik sakit je. Macam nak period pun ada. Tapi hari ni baru day 24. Kalau diikutkan next week baru period. Siang-siang kuat tidur, makan bertambah-tambah, sistem pembuangan tak betul. Takkan sebab effect daripada makan VCO kot. Aduh... kalau ada pembawakan budak seronok juga ^_^ tapi kalau bukan, risau gak keadaan badan. Jenuh nak buang balik lemak-lemak badan yang rasa makin bertambah ni T_T