Setiap wanita yang inginkan cahaya mata tentu rajin monitor perubahan badan sendiri bukan? Kadang-kadang rasa macam mengandung tapi tak plak. Ada juga yang tak sedar diri sendiri mengandung. Takpe, panduan di bawah diharap membantu. Mana tau ada diantara tanda-tanda tu pada kita. Syukur, Alhamdulillah... Namun tak semua orang akan alami tanda-tanda ni yer. Nakkan kepastian boleh lah terus buat ujian kehamilan melalui UPT Kit...
Tanda-tanda Hamil :
1. Demam pagi - perasaan loya atau mual dan boleh menyebabkan muntah.
2. Berlakunya pendarahan sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Pendarahan selalunya hanya sedikit dan berwarna coklat kehitaman kelihatan seperti darah kering dan hanya keluar untuk sehari ke dua hari sahaja.
3. Payu dara membengkak sedikit dan disertai rasa sakit/sensitif kepada sentuhan seperti ketika waktu sebelum haid.
4. Areola/puting serta ketiak menjadi lebih gelap.
5. Mengidam.
6. Suhu badan meningkat dan seterusnya konsisten sahaja setiap hari.
7. Kerap membuang air kecil. Biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing.
8. Keletihan, mudah mengantuk dan rasa tidak bermaya.
9. Sembelit / pedih hulu hati.
10. Mengalami sakit kepala.
11. Moody dan emosi berubah-ubah seperti rasa marah, sedih, atau gembira tanpa sebab.
12. Sakit belakang.
13. Kekejangan / kembung perut dan rasa senak pada ari-ari.
14. Rasa ingin pitam.
15. Lebih sensitif kepada bau-bauan.
16. Pertambahan berat badan.
17. Kelambatan atau ketiadaan haid pada waktu yang sepatutnya.
18. Rasa lapar yang berpanjangan.
19. Sedikit masalah oral/gigi seperti sakit gigi, gigi longgar, gusi berdarah, gusi membengkak dll. Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan menyebabkan gusi yang didalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah membengkak dan juga boleh menyebabkan tisu pemegang gigi atau ligamen serta tulang rahang sekeliling akar gigi terjejas lantas menyebabkan gigi longgar.
Urine Pregnancy Test / Ujian Kehamilan:
Ada pelbagai jenama dan cara resultnya. Ada yang akan tunjuk berapa minggu kita mengandung. Tapi kebanyakannya jenis yang tunjukkan result Pregnant (+ / 2 lines) atau Not Pregnant (- / 1 line) la. Kepada yang merancang untuk hamil, simpanlah 1 atau 2 UPT di rumah untuk memudahkan kita juga.
Kalau beli Pregnancy Test jenama clearblue ni (harga +-RM9), apa yang perlu kita lakukan adalah letakkan tip putih tu pada urine selama 5 saat dan tunggu sehingga ianya bertukar kepada warna pink. Seterusnya bolehlah letakkan ianya di tapak yang mendatar dan tunggu 1 minit untuk result. Walaubagaimanapun untuk pengesahan, pergilah berjumpa doktor. Pastikan pergi bersama suami. Kalau sah mengandung, boleh melonjak sama-sama dalam klinik tu ^__^v
Clearblue Urine Pregnancy Test
Waktu terbaik yang dicadangkan untuk membuat ujian kehamilan adalah di waktu pagi. Ini kerana kandungan hormon khas kehamilan iaitu hormon human Chorionic Gonadotropin (hCG) paling tinggi pada waktu itu jadinya peratus keberkesanan ujian adalah lebih tinggi.
p/s : Sekarang ni saya tengah TTC untuk bulan pertama. Sebelum ni tak study betul-betul. Sekarang dah tau waktu-waktu paling sesuai untuk bersama. Tak sabar la rasanya nak ada zuriat sendiri T_T
No comments:
Post a Comment