pregnancy calendar  BabyFruit Ticker pregnancy due date

Friday, September 30, 2011

Tanda Hamil dan Urine Pregnancy Test (UPT)


Setiap wanita yang inginkan cahaya mata tentu rajin monitor perubahan badan sendiri bukan? Kadang-kadang rasa macam mengandung tapi tak plak. Ada juga yang tak sedar diri sendiri mengandung. Takpe, panduan di bawah diharap membantu. Mana tau ada diantara tanda-tanda tu pada kita. Syukur, Alhamdulillah... Namun tak semua orang akan alami tanda-tanda ni yer. Nakkan kepastian boleh lah terus buat ujian kehamilan melalui UPT Kit...


Tanda-tanda Hamil :

1. Demam pagi - perasaan loya atau mual dan boleh menyebabkan muntah.
2. Berlakunya pendarahan sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Pendarahan selalunya hanya sedikit dan berwarna coklat kehitaman kelihatan seperti darah kering dan hanya keluar untuk sehari ke dua hari sahaja.
3. Payu dara membengkak sedikit dan disertai rasa sakit/sensitif kepada sentuhan seperti ketika waktu sebelum haid.
4. Areola/puting serta ketiak menjadi lebih gelap.
5. Mengidam.
6. Suhu badan meningkat dan seterusnya konsisten sahaja setiap hari.
7. Kerap membuang air kecil. Biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing.
8. Keletihan, mudah mengantuk dan rasa tidak bermaya.
9. Sembelit / pedih hulu hati.
10. Mengalami sakit kepala.
11. Moody dan emosi berubah-ubah seperti rasa marah, sedih, atau gembira tanpa sebab.
12. Sakit belakang.
13. Kekejangan / kembung perut dan rasa senak pada ari-ari.
14. Rasa ingin pitam.
15. Lebih sensitif kepada bau-bauan.
16. Pertambahan berat badan.
17. Kelambatan atau ketiadaan haid pada waktu yang sepatutnya.
18. Rasa lapar yang berpanjangan.
19. Sedikit masalah oral/gigi seperti sakit gigi, gigi longgar, gusi berdarah, gusi membengkak dll. Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan menyebabkan gusi yang didalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah membengkak dan juga boleh menyebabkan tisu pemegang gigi atau ligamen serta tulang rahang sekeliling akar gigi terjejas lantas menyebabkan gigi longgar.



Urine Pregnancy Test / Ujian Kehamilan:

Ada pelbagai jenama dan cara resultnya. Ada yang akan tunjuk berapa minggu kita mengandung. Tapi kebanyakannya jenis yang tunjukkan result Pregnant (+ / 2 lines) atau Not Pregnant (- / 1 line) la. Kepada yang merancang untuk hamil, simpanlah 1 atau 2 UPT di rumah untuk memudahkan kita juga.

Kalau beli Pregnancy Test jenama clearblue ni (harga +-RM9), apa yang perlu kita lakukan adalah letakkan tip putih tu pada urine selama 5 saat dan tunggu sehingga ianya bertukar kepada warna pink. Seterusnya bolehlah letakkan ianya di tapak yang mendatar dan tunggu 1 minit untuk result. Walaubagaimanapun untuk pengesahan, pergilah berjumpa doktor. Pastikan pergi bersama suami. Kalau sah mengandung, boleh melonjak sama-sama dalam klinik tu ^__^v


Clearblue Urine Pregnancy Test


Waktu terbaik yang dicadangkan untuk membuat ujian kehamilan adalah di waktu pagi. Ini kerana kandungan hormon khas kehamilan iaitu hormon human Chorionic Gonadotropin (hCG) paling tinggi pada waktu itu jadinya peratus keberkesanan ujian adalah lebih tinggi.



p/s : Sekarang ni saya tengah TTC untuk bulan pertama. Sebelum ni tak study betul-betul. Sekarang dah tau waktu-waktu paling sesuai untuk bersama. Tak sabar la rasanya nak ada zuriat sendiri T_T



Wednesday, September 28, 2011

Petua Dapatkan Anak Lelaki l Petua Dapatkan Anak Perempuan


Pasangan yang dah berkahwin tentulah nak ada anak kan. Petua ni tak dijamin 100%. Dicombine kan selepas jumpa pelbagai jawapan di google. Apapun, yang penting usaha, doa dan tawakkal... Boleh dijadikan panduan bagi  yang sedang merancang untuk pregnant. ^____^



PETUA DAPATKAN ANAK LELAKI

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonat (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

5. Tidur mengereng ke kanan selepas bersama. Minta izin dahulu sekiranya membelakangkan suami.



PETUA DAPATKAN ANAK PEREMPUAN


1. Berdoa sebelum bersama dengan niat usaha untuk mendapatkan bayi perempuan.

2. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam, nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

3. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

4. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

5. Tidur mengereng ke kiri selepas bersama. Minta izin dahulu sekiranya membelakangkan suami.


Walau apapun, kita hanya merancang dan Allah s.w.t juga yang akan menentukan. Allah yang memberi rezeki kepada manusia dan setiap pemberian Allah kita mesti redha dan terima dengan syukur. Yang penting mesti teruskan berusaha dan tidak berburuk sangka pada Allah sekiranya apa yang kita hajati masih belum ditunaikan. Tentu ada sesuatu yang lebih besar yang Allah bakal berikan nanti.


Baby Mason yang super duper cute!


Tuesday, September 27, 2011

Asid Folik l Folic Acid : Penting Untuk Kehamilan


Kepada yang merancang untuk hamil, antara supplement yang perlu diambil adalah Asid Folik. Digalakkan untuk start makan 3 bulan sebelum kehamilan dan diteruskan 3 bulan pertama kehamilan. Tapi kita ni manalah tahu bila akan hamil kan? Jadi teruskan je la makan pil ni selagi belum hamil dan jadikan sebagai supplement seharian.

Masa memula nak makan pil ni bulan 7 lepas, saya beli kat Watsons jer. 7 sen sebiji. 30 biji baru RM2.10. Kalau tak silap la. Huhu~ Time tu perasan gak ada Asid Folik jenama Appeton tapi Pharmacist tu kata tak kisah jenama apa. Nak yang murah ambil je 7 sen sebiji ni. Jadi ambil je la... Katanya selain Asid Folik ni untuk elak kecacatan bayi yang bakal dikandung, ianya juga pentingnya untuk tambah darah.

Sekarang ni pil beli dari kaunter farmasi Watsons tu dah habis jadi saya try makan yang Appeton punya. Senang, beli sekali untuk bekalan 3 bulan ^_^v. Cumanya rasa macam mahal sikit lor.. Berazam tak nak skip makan sebab bulan 7 lepas kejap makan kejap tak. Alhamdulillah setakat mula balik bulan ni, belum skip lagi. Caiyok!!!


Vitamin B9 Asid Folik

Asid folic adalah sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9. Asid folik atau Folate ini membantu tubuh anda membentuk DNA baru dan menambah kepekatan hemoglobin dalam sel darah merah.

*Asid folik bukanlah ubat untuk merawat kesuburan.

Sumber Asid Folik

Buahan Sitrus, Kekacang, Sayuran Hijau, Bijirin. Contoh : Bayam, Brokoli, Asparagus, Jus Oren, Nenas, Buah Kurma, Barli, Ikan Salmon, Ikan Tuna, Hati, Cendawan, Susu, Gandum, Beras Perang, Keju, Daging Lembu, Bendi, Kacang Peas, Emping Bran, Betik, Oat, Kacang Merah, Kuaci, Kuning Telur,

* Pastikan sayur hijau tidak dimasak terlalu lama sehingga boleh menyebabkan vitamin asid folik hilang/mudah rosak.

Dos dan Pengambilan Asid Folik

Pil asid folik di pasaran tersedia dalam dua dos iaitu 400 mikrogram dan 5 miligram (5000 mikrogram). Doktor lazimnya menggalakkan pengambilan 5 miligram sehari. Pengambilan 400 mikrogram juga mencukupi untuk keperluan seharian.

Pil asid folik mudah larut dalam air. Jika anda mengambil pil asid folik berlebihan, pil ini akan dibuang melalui air kencing. Pil asid folik tidak memerlukan preskripsi doktor. Pil asid folik mudah didapati di farmasi-farmasi dan klinik-klinik.

Pil ini agak meloyakan disebabkan baunya yang agak kuat. Jika anda mempunyai masalah ini, ambilah pil ini pada waktu malam sebelum tidur. Kesan sampingan loya tidak akan rasai kerana anda berada dalam fasa tidur selepas mengambil pil asid folik ini.

~ tapi ikut pengalaman saya, takdelah plak rasa asid folik ni meloyakan. Okay je makan.

Selain penting untuk bakal dan ibu mengandung, Asid Folik juga ada keperluannya kepada kanak-kanak untuk elak pertumbuhan badan yang lembap dan anemia. Mengikut Badan Kesihatan Dunia 'World Health Organisation' (WHO), mereka telah mencadangkan bahawa pengambilan sumber asid folik adalah seperti berikut :
  • Kanak-kanak berusia 1-3 tahun : 160ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 7-9 tahun : 300ug/sehari
  • Ibu mengandung : 600ug/sehari
  • Ibu menyusu : 500ug/sehari
Kepentingan Asid Folik

1. Mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil.

Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

2. Penting untuk perkembangan saraf, pembinaan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi kita semasa dalam kandungan.


Asid Folik / Folic Acid 5mg/tablet yang dijual di Farmasi Watsons.


Asid Folik / Folic Acid jenama Appeton 400mcg/tablet. Dijual dalam 1 kotak mengandungi 90 biji. Cukup bekalan untuk 3 bulan. Harga +-RM30



Khasiat Minyak Kelapa Dara / Virgin Coconut Oil (VCO) dari Catalyst


Catalyst Virgin Coconut Oil


Awal minggu order daripada pengedar Catalyst, pagi tadi dah dapat VCO ni. Ingat nak mencuba. Baca daripada testimoni ada yang berjaya hamil bila amalkan makan minyak kelapa dara ni. InsyaAllah... rezeki tu semua daripada Allah. Kalau ada Alhamdulillah, kalau takde usaha lagi cara lain kan.

”Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia” 
Dr. Bruce Fife 
Director of the Southern Colorado 
Chapter of the Weston A. Price Foundatio



KHASIAT VIRGIN COCONUT OIL / MINYAK KELAPA DARA
  1. Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  2. Tiada masalah keputihan ketika hamil.
  3. Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  4. Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  5. Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  6. Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  7. Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
  8. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
  9. Melindungi tubuh daripada kanser.
  10. Jerawat cepat susut.
  11. Regular semula PMS anda.
  12. Sistem penghadaman lebih baik.
  13. Kesuburan.
  14. Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
  15. Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
  16. Batuk dan Selsema cepat hilang.
  17. Mengurangkan tidur berdengkur.
  18. Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
  19. Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
  20. Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
  21. Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
  22. Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang.
  23. Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
  24. Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
  25. Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.

KHASIAT KEPADA WANITA HAMIL / INGIN HAMIL
Selain bagus untuk kulit. Kesihatan dalaman dan luaran. VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin.

Ada effect ke VCO ni? Jangan risau, VCO tiada side effect sbb dia  bukan ubat. it's simply a great supplement. Setakat ni based on testimoni2 pengamal VCO, ada 3 orang dah berjaya hamil. Alhamdulillah.. rezeki itu semuanya datang daripada Allah, tetapi kita jugak kene berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara yang baek. 

Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran CATALYST semasa kehamilan adalah sangat bagus dan InsyAllah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan.

CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL. Pengambilan VCO bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sangat-sangat digalakkan kerana VCO juga berfungsi sebagai agen pelincir.


CARA PENGAMBILAN VCO
  • Boleh digunakan dengan 2 cara : makan atau sapu di permukaan kulit (untuk masalah kulit muka)
  • Makan 1 biji 2 kali sehari (pagi dan malam) atau 2 biji sekaligus, selepas/sebelum makan.
  • Seelok-eloknya diambil bersama air suam atau air kosong.
  • Untuk sapuan di muka, lubangkan bahagian soft gel menggunakan jarum atau gunting dan sapukan pada permukaan kulit. Boleh dilakukan sebelum tidur malam selama 15 minit atau dibiarkan sehingga pagi.

Harga sebotol hanyalah RM39.90. Dalamnya ada 60 biji softgel capsules. Cukup-cukup bekalan untuk sebulan. Lelaki dan wanita boleh makan. 




Monday, September 26, 2011

Mamil Mama dari Dumex l Susu bagi Ibu Mengandung



[ Recommended Mamil® Mama Milk Intake ]
Before pregnancy (to strengthen your body): 2 glasses per day
• During pregnancy (to meet increased demand for nutrients): 3 glasses per day
• After child birth (to restore strength): 2 glasses per day



Baca dalam website Dumex tadi kata Susu Mamil Mama ni bagus juga untuk diminum oleh wanita yang merancang untuk hamil. Susu ini juga kaya dengan asid folik, kalsium dan Iron. Pengambilan adalah 2 gelas sehari untuk menguatkan badan. Nampak menarik untuk dicuba walaupun sebenarnya saya paling tak suka minum susu. Tapi kalau dah terpaksa, kena telan jugak la kan... Minum sambil tutup hidung, tutup mata  T_T.

Erm, kepada yang ingin mencuba / dapatkan sample percuma boleh layari lamanweb : DUMEX / MAMIL MAMA DUMEX. Kena Register sebagai member dulu kemudian boleh lah klik GET A FREE SAMPLE.


Thursday, September 15, 2011

18 Nasihat Perkahwinan

Terbaca tadi di satu blog tentang 18 Nasihat Perkahwinan. Jadi dikongsikan untuk bacaan semua k.


1. KETIKA AKAN MENIKAH
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka.

5. SEJAK MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahwa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%.

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA BELUM MEMBAIK
Yakinlah bahwa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14. KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.

15. KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahwa tidak ada seorang anak pun yang tidak mau bekerjasama dengan orangtua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16. KETIKA ADA PIL
Jangan diminum, cukuplah suami sebagai ubat.

17. KETIKA MEMILIH POTRET KELUARGA
Pilihlah potret keluarga sekolah yang berada dalam proses pertumbuhan menuju potret keluarga bahagia.

18. KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONI
Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran



Sunday, September 11, 2011

Welcome


Saya sebenarnya dah ada 2 blog dah tetapi blog yang satu ni khas diwujudkan ketika keinginan untuk mempunyai cahaya mata sendiri semakin meluap-luap. Sekarang ni bila tengok baby, rasa teringin sangat-sangat nak ada baby sendiri. Jadinya di entry-entry akan datang saya akan tulis mengenai kehamilan sebagai rujukan dan panduan bersama. Daripada usaha yang perlu kita lakukan untuk hamil dan sebelum/semasa/selepas kehamilan. InsyaAllah kalau ada rezeki saya hamil, saya akan kongsikan pengalaman sendiri juga yer. Doakan saya. Dan maklumat tersebut boleh jadi adalah berdasarkan pengalaman/cerita2 daripada orang di sekeliling, di carian google, petua orang2 lama dan sebagainya.

Kepada yang masih belum mempunyai cahaya mata, teruskan berusaha dan jangan pernah berputus asa. Kita hanya boleh merancang, boleh mengharapkan bila kita nak ada anak tetapi keputusan terakhir tetap adalah ketentuan dan ketetapan daripada Allah. Ada orang baru berkahwin dah mengandung ~ kata orang bunting pelamin. Ada orang dah 5-10 tahun berkahwin baru mengandung. Dan kebanyakannya akan mengandung dalam tempoh 1-3 tahun berkahwin. Perancangan daripada Allah kita takkan tahu.

Dan kepada semua, toksahlah terlalu banyak kali bertanya kepada mereka yang baru berkahwin soalan berulang yang sememangnya mengguris perasaan. Bila bujang asyik tanya 'Bila nak kahwin'. Dah kahwin, pantang selisih kat jalan mulut tu ringan je nak tanya 'Bila nak ada anak', 'Dah berisi ke belum' ~ walaupun sah-sah nampak perut orang tu tak membuncit lagi, 'Hai dah lama kahwin takkan belum lekat lagi kot'. Soalan-soalan macam tu lah. Beginilah, just bear in mind that every married person wants to have their own children. It's just that the time hasn't yet come. Hanya Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan mereka. Jadi jangan menambahkan lagi kesedihan dengan soalan-soalan begitu.

Peace!