Setiap   wanita yang inginkan cahaya mata tentu rajin monitor perubahan badan   sendiri bukan? Kadang-kadang rasa macam mengandung tapi tak plak. Ada   juga yang tak sedar diri sendiri mengandung. Takpe, panduan di   bawah diharap membantu. Mana tau ada diantara tanda-tanda tu pada   kita. Syukur, Alhamdulillah... Namun tak semua orang akan   alami tanda-tanda ni yer. Nakkan kepastian boleh lah terus buat ujian   kehamilan melalui UPT Kit...
Tanda-tanda Hamil :
1. Demam pagi - perasaan loya atau mual dan boleh menyebabkan muntah.
2.   Berlakunya pendarahan sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya   terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Pendarahan   selalunya hanya sedikit dan berwarna coklat kehitaman kelihatan seperti   darah kering dan hanya keluar untuk sehari ke dua hari sahaja.
3. Payu dara membengkak sedikit dan disertai rasa sakit/sensitif kepada sentuhan seperti ketika waktu sebelum haid.
4. Areola/puting serta ketiak menjadi lebih gelap.
5. Mengidam.
6. Suhu badan meningkat dan seterusnya konsisten sahaja setiap hari.
7.  Kerap membuang air kecil.  Biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di  dalam fasa pertama kehamilan  dan akan terus berlaku atau lebih kerap  lagi apabila proses kehamilan  dan bayi semakin membesar yang memberi  tekanan di dalam pundi kencing.
8. Keletihan, mudah mengantuk dan rasa tidak bermaya.
9. Sembelit / pedih hulu hati.
10. Mengalami sakit kepala.
11. Moody dan emosi berubah-ubah seperti rasa marah, sedih, atau gembira tanpa sebab.
12. Sakit belakang.
13. Kekejangan / kembung perut dan rasa senak pada ari-ari.
14. Rasa ingin pitam.
15. Lebih sensitif kepada bau-bauan.
16. Pertambahan berat badan.
17. Kelambatan atau ketiadaan haid pada waktu yang sepatutnya.
18. Rasa lapar yang berpanjangan.
19.   Sedikit masalah oral/gigi seperti sakit gigi, gigi longgar, gusi   berdarah, gusi membengkak dll. Peningkatan hormon estrogen sewaktu   kehamilan menyebabkan gusi yang didalamnya terdapat pembuluh darah lebih   mudah membengkak dan juga boleh menyebabkan tisu  pemegang gigi atau   ligamen serta tulang rahang sekeliling akar gigi terjejas  lantas   menyebabkan gigi longgar.
Urine Pregnancy Test / Ujian Kehamilan:
Ada   pelbagai jenama dan cara resultnya. Ada yang akan tunjuk berapa   minggu kita mengandung. Tapi kebanyakannya jenis yang tunjukkan result   Pregnant (+ / 2 lines) atau Not Pregnant (- / 1 line) la. Kepada yang   merancang untuk hamil, simpanlah 1 atau 2 UPT di rumah untuk memudahkan   kita juga.
Kalau   beli Pregnancy Test jenama clearblue ni (harga +-RM9), apa yang perlu   kita lakukan adalah letakkan tip putih tu pada urine selama 5 saat dan   tunggu sehingga ianya bertukar kepada warna pink. Seterusnya bolehlah   letakkan ianya di tapak yang mendatar dan tunggu 1 minit untuk result.   Walaubagaimanapun untuk pengesahan, pergilah berjumpa doktor. Pastikan   pergi bersama suami. Kalau sah mengandung, boleh melonjak sama-sama   dalam klinik tu ^__^v
Clearblue Urine Pregnancy Test
Waktu   terbaik yang dicadangkan untuk membuat ujian kehamilan adalah di waktu   pagi. Ini kerana kandungan hormon khas kehamilan iaitu hormon human   Chorionic Gonadotropin (hCG) paling tinggi pada waktu itu jadinya   peratus keberkesanan ujian adalah lebih tinggi.
p/s : Sekarang ni saya tengah TTC untuk bulan pertama. Sebelum ni tak study betul-betul. Sekarang dah tau waktu-waktu paling sesuai untuk bersama. Tak sabar la rasanya nak ada zuriat sendiri T_T




