Kepada  yang merancang untuk hamil, antara supplement yang perlu diambil adalah  Asid Folik. Digalakkan untuk start makan 3 bulan sebelum kehamilan dan  diteruskan 3 bulan pertama kehamilan. Tapi kita ni manalah tahu  bila akan hamil kan? Jadi teruskan je la makan pil ni selagi belum  hamil dan jadikan sebagai supplement seharian. 
Masa  memula nak makan pil ni bulan 7 lepas, saya beli kat Watsons jer. 7 sen  sebiji. 30 biji baru RM2.10. Kalau tak silap la. Huhu~ Time tu perasan  gak ada Asid Folik jenama Appeton tapi Pharmacist tu kata tak kisah  jenama apa. Nak yang murah ambil je 7 sen sebiji ni. Jadi ambil je la...  Katanya selain Asid Folik ni untuk elak kecacatan bayi yang bakal  dikandung, ianya juga pentingnya untuk tambah darah.
Sekarang  ni pil beli dari kaunter farmasi Watsons tu dah habis jadi saya try  makan yang Appeton punya. Senang, beli sekali untuk bekalan 3 bulan  ^_^v. Cumanya rasa macam mahal sikit lor.. Berazam tak nak skip makan  sebab bulan 7 lepas kejap makan kejap tak. Alhamdulillah setakat mula  balik bulan ni, belum skip lagi. Caiyok!!!
Vitamin B9 Asid Folik
Asid folic adalah sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9. Asid folik atau Folate ini membantu tubuh anda membentuk DNA baru dan menambah kepekatan hemoglobin dalam sel darah merah.
*Asid folik bukanlah ubat untuk merawat kesuburan.
Sumber Asid Folik
Buahan  Sitrus, Kekacang, Sayuran Hijau, Bijirin. Contoh : Bayam, Brokoli,  Asparagus, Jus Oren, Nenas, Buah Kurma, Barli, Ikan Salmon, Ikan Tuna,  Hati, Cendawan, Susu, Gandum, Beras Perang, Keju, Daging Lembu, Bendi,  Kacang Peas, Emping Bran, Betik, Oat, Kacang Merah, Kuaci, Kuning Telur,  
* Pastikan sayur hijau tidak dimasak terlalu lama sehingga boleh menyebabkan vitamin asid folik hilang/mudah rosak.
Dos dan Pengambilan Asid Folik
Pil  asid folik di pasaran tersedia dalam dua dos iaitu 400 mikrogram dan 5  miligram (5000 mikrogram). Doktor lazimnya menggalakkan pengambilan 5  miligram sehari. Pengambilan 400 mikrogram juga mencukupi untuk  keperluan seharian. 
Pil  asid folik mudah larut dalam air. Jika anda mengambil pil asid folik  berlebihan, pil ini akan dibuang melalui air kencing. Pil asid folik  tidak memerlukan preskripsi doktor. Pil asid folik mudah didapati di  farmasi-farmasi dan klinik-klinik. 
Pil  ini agak meloyakan disebabkan baunya yang agak kuat. Jika anda  mempunyai masalah ini, ambilah pil ini pada waktu malam sebelum tidur.  Kesan sampingan loya tidak akan rasai kerana anda berada dalam fasa  tidur selepas mengambil pil asid folik ini. 
~ tapi ikut pengalaman saya, takdelah plak rasa asid folik ni meloyakan. Okay je makan.
Selain  penting untuk bakal dan ibu mengandung, Asid Folik juga ada  keperluannya kepada kanak-kanak untuk elak pertumbuhan badan yang lembap  dan anemia. Mengikut Badan Kesihatan Dunia 'World Health Organisation'  (WHO), mereka telah mencadangkan bahawa pengambilan sumber asid folik  adalah seperti berikut :
- Kanak-kanak berusia 1-3 tahun : 160ug/sehari
- Kanak-kanak berusia 7-9 tahun : 300ug/sehari
- Ibu mengandung : 600ug/sehari
- Ibu menyusu : 500ug/sehari
1.  Mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya  kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina  bifida) Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan  sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid  folik semasa hamil.
Anenchephaly  adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan  akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah  kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus,  pundi kencing dan kecacatan otak.
2. Penting  untuk perkembangan saraf, pembinaan sel-sel otak, tulang belakang,  organ, kulit dan tulang bayi kita semasa dalam kandungan.
Asid Folik / Folic Acid 5mg/tablet yang dijual di Farmasi Watsons. 
Asid  Folik / Folic Acid jenama Appeton 400mcg/tablet. Dijual dalam 1 kotak  mengandungi 90 biji. Cukup bekalan untuk 3 bulan. Harga +-RM30


No comments:
Post a Comment