Saya sebenarnya dah ada 2 blog dah tetapi blog yang satu ni khas diwujudkan ketika keinginan untuk mempunyai cahaya mata sendiri semakin meluap-luap. Sekarang ni bila tengok baby, rasa teringin sangat-sangat nak ada baby sendiri. Jadinya di entry-entry akan datang saya akan tulis mengenai kehamilan sebagai rujukan dan panduan bersama. Daripada usaha yang perlu kita lakukan untuk hamil dan sebelum/semasa/selepas kehamilan. InsyaAllah kalau ada rezeki saya hamil, saya akan kongsikan pengalaman sendiri juga yer. Doakan saya. Dan maklumat tersebut boleh jadi adalah berdasarkan pengalaman/cerita2 daripada orang di sekeliling, di carian google, petua orang2 lama dan sebagainya.
Kepada  yang masih belum mempunyai cahaya mata, teruskan berusaha dan jangan  pernah berputus asa. Kita hanya boleh merancang, boleh mengharapkan bila  kita nak ada anak tetapi keputusan terakhir tetap adalah ketentuan dan  ketetapan daripada Allah. Ada orang baru berkahwin dah mengandung ~ kata  orang bunting pelamin. Ada orang dah 5-10 tahun berkahwin baru  mengandung. Dan kebanyakannya akan mengandung dalam tempoh 1-3 tahun  berkahwin. Perancangan daripada Allah kita takkan tahu.
Dan  kepada semua, toksahlah terlalu banyak kali bertanya kepada mereka yang  baru berkahwin soalan berulang yang sememangnya mengguris perasaan.  Bila bujang asyik tanya 'Bila nak kahwin'. Dah kahwin, pantang selisih  kat jalan mulut tu ringan je nak tanya 'Bila nak ada anak', 'Dah berisi  ke belum' ~ walaupun sah-sah nampak perut orang tu tak membuncit lagi,  'Hai dah lama kahwin takkan belum lekat lagi kot'. Soalan-soalan macam  tu lah. Beginilah, just bear in mind that every married person wants to  have their own children. It's just that the time hasn't yet come. Hanya  Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan mereka. Jadi jangan  menambahkan lagi kesedihan dengan soalan-soalan begitu.
Peace!


No comments:
Post a Comment