pregnancy calendar  BabyFruit Ticker pregnancy due date

Saturday, October 29, 2011

Pusat Rawatan Islam Az Zahrah



Malam tadi sebelum pergi klinik buat upt lagi sekali.
Masih 2 lines. Merah pekat lagi.
Mungkin sebab darah kot.

Kul 9 lepas husband balik terus jumpa doktor.
Dia pun kata baru 6 minggu kalau nak scan pun tak nampak apa-apa.
Katanya waktu ni memang crucial.
Ada sesetengah orang memang akan dapat spotting tapi dalam my case bleeding macam period.

Jadi dia suruh tengok dulu condition dalam minggu ni.
UPT tak perlu buat lagi.
Sebab katanya kalau tak jadi pun, upt akan ambil masa 1-2 minggu untuk bertukar dari 2 ke 1 line.
Skrg ni kalau bleeding sampai ada cloth atau darah beku keluar means dah takde rezeki la tu.
Tak perlu buat D&C sebab time ni belum jadi apa-apa pun.

Cuma kalau nak jumpa pakar untuk scan boleh.
Tapi kena buat appointment during office hours sahaja.
Tapi tak jamin apa akan nampak kalau buat sekarang.
Memang sebaiknya untuk scan adalah 8 minggu ke atas.

Doktor bagi ubat kuatkan rahim 9 biji ~ Duphaton. Bayar RM43 untuk semua. Consultation dan ubat.
3 biji sehari lepas makan. Means cukup bekalan untuk 3 hari sahaja.
Dan harapkan ok la.
Pagi ni bleeding dah semakin kurang.
Harap-harap terus berkurangan dan stop.

No comments:

Post a Comment