pregnancy calendar  BabyFruit Ticker pregnancy due date

Sunday, November 6, 2011

Week 7

Selamat Hari Raya Aidiladha... Hari ni tempoh hamil dah 7 Minggu 6 Hari.
Pepagi tahun ni beraya dengan husband dulu.
Tak balik kampung kat Utara pun..
Keadaan kesihatan tak mengizinkan untuk berjalan jauh melebihi 8 jam.
Lagipun 2 minggu lagi adik ipar kahwin. Barulah balik..

Sat g nak balik umah umi abah.
Beraya dengan dorang je la tahun ni.
Dekat jer... 45 minit sampailah.
Ingat nak bagitau dorang keadaan saya.
Mungkin boleh doakan kesihatan dan semoga kehamilan ini akan berjaya.


Semalam buat UPT lagi guna ClearBlue. Masih positif. [rasa macam ketagih buat upt dah skg ni. adoi]
Hari ni first time muntah.
2/3 hari lepas morning sickness jer.
Loya-loya sikit.
Makan pelam dah okay ;p

Doktor kata 8 minggu baru boleh scan.
Means minggu depan bolehlah pergi klinik.
AzZahrah or AnNur?
Ramai kata AnNur bagus sebab doktor senior dia adalah daripada AzZahrah.
Tapi mahal sikit lah.

Tak sabar nak tengok keadaan kandungan ni.
Harap dan doakan semoga lekat.
InsyaAllah. Kini hanya doa dan tawakal sahaja...


p.s : seronok dengar husband bisik malam-malam kata nanti baby lahir comel mcm mama dia... Hehehe... ingat kita tido lah tu tak dengar. Tau dia pun mengharap...

No comments:

Post a Comment