pregnancy calendar  BabyFruit Ticker pregnancy due date

Monday, November 28, 2011

Badam, Kismis : Pemakanan Tambahan Ketika Hamil


Sekarang ni kekacang yang menjadi makanan tambahan setiap hari. Beli banyak waktu pergi Padang Besar hari tu. Murah. Nak makan Badam sebab ramai kata nanti anak bijak. Kismis juga yang sememangnya bagus. Dan pistachio (kacang bijak) tu makan sikit dah tapi bila google ada yang kata ibu mengandung makan kacang pistachio akan sebabkan anak bengkak hati nanti. Takut baca jadi stop la makan, bagi husband plak habiskan... Erm... nanti nak beli kurma plak sebab kurma yang paling bagus dimakan oleh ibu hamil. 

Nanti nak try buat minuman Susu Badam. Nama je susu tapi sebenarnya air pati badam tu sendiri. Cara nak buat katanya mesti rendam badam beberapa jam asal tak melebihi 12 jam. Rendam juga Buah Kurma beberapa jam. Selepas itu blend kan badam, buah kurma dan sedikit air. Tapiskan dan kemudian bolehlah diminum. InsyaAllah bila dah cukup bahan nak cuba lah. Ntah apa la rasanya ek... Huhu~


KHASIAT BADAM UNTUK IBU HAMIL

Tahukah anda badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang?

Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.


KHASIAT KISMIS

1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan)
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit.
5. Membantu pelajar meningkat memori dan hafalan (tradisi perubatan islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

1 comment:

  1. wahh..bagusnya makan ni setiap hari!ni duk mkn kurma n kismis je.anak bijak ni.yg badam tu kdg2 je i mkn.nnti nk cuba lah.hihi

    ReplyDelete