pregnancy calendar  BabyFruit Ticker pregnancy due date

Saturday, November 12, 2011

Week 8 & Ultrasound


Hari ni dah 8 minggu 1 hari. Khamis lepas pergi Az Zahrah semula untuk check kandungan. Alhamdulillah... baby cantik dah duk dalam rahim. Kata doktor ;p... Jadi maksudnya bleeding dan brownish discharge hari tu hanyalah disebabkan implantation.




Allah je yang tahu kami rasa bila first time tengok ada nyawa lain dalam dalam badan. Excited. Baby masih kecik lagi dan waktu scan tu tetiba nampak cahaya dan ianya berdegup pantas sgt. Itulah degupan jantung baby ^___^. Husband pun teruja tengok. Sekarang ni dah kena buat ticker baru sebab doktor dah bagi due date iaitu 22 Jun 2012. Jadinya waktu scan ritu baby dah 7 minggu 6 hari walaupun tempoh hamil +- dah 8 minggu 1 hari... Doktor tak bagi ubat pape since masih ada Asid Folic kat rumah. Cuma katanya boleh start minum susu...

Sekarang ni dah start rasa morning sickness setiap hari. Selalunya waktu pagi sampailah petang. Kadang2 muntah juga waktu berus gigi pepagi. Rasa lapar hampir setiap 2-3 jam sekali. Siap perut berbunyi lagi tu walaupun baru je lepas makan. Jadi setiap hari kat pejabat make sure bekalan makanan sentiasa ada. Buah wajib. Selalunya yang berkesan kurangkan loya adalah mangga muda. Tapi nak kurangkan. Jadi ganti dengan buah jambu batu atau oren. Kismis pun berkesan gak.



Your baby at 8 weeks
You can't feel it yet, but she's moving those arms and legs like crazy! Her fingers and toes are now only slightly webbed, and her tail (yes, she had one) is gone. 

Fun fact 
Your baby's taste buds are now forming.

Pregnancy symptoms at 8 weeks
  • Bigger, heavier, sore breasts, as milk producing lobules in your boobs start to expand.
  • Fatigue and/or nausea (yup, still).
  • Early pregnancy cramps -- the ligaments in your abdomen are stretching as your uterus expands.
  • Other tummy issues: constipation, indigestion, bloating or heartburn.
  • A heightened sense of smell.
  • Weird dreams -- get used to them; they're totally normal throughout pregnancy.

Your must-do's
  • Have your first prenatal checkup, if you haven't already.
  • Schedule prenatal testing.

Your nice-to-do's
  • Make sure you're drinking plenty of water.
  • Pull out your "fat pants" or buy a pair because you will need them.
  • Buy a BellaBand maternity band to help clothes to cover.

8 Weeks Pregnant

Tahniah - embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter. Banyak perubahan berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata. 

Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah, sehingga anda terpaksa menyimpan jean kegemaran anda sehingga tahun depan. Jika anda banyak meminum air mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu. 



No comments:

Post a Comment