pregnancy calendar  BabyFruit Ticker pregnancy due date

Saturday, November 12, 2011

Ultrasound


Apakah itu skan ultrasound?
Skan ultrasound melibatkan penghantaran bunyi frekuensi tinggi melalui uterus. Bunyi itu melantun dari bayi dan gema yang melantun kembali itulah yang diterjemah oleh komputer untuk menghasilkan imej atas skrin yang menampakkan posisi dan pergerakan bayi. Tisu keras seperti tulang memantul gema yang sangat besar yang menjelma sebagai warna putih dalam imej, dan tisu lembut kelihatan kelabu dan berbintik. Bendalir (seperti bendalir amnion dalam mana bayi terapung) tidak memantul sebarang gema, jadi kelihatan hitam. Perbezaan-perbezaan dalam kegelapan warna imej yang berlainan antara warna putih, kelabu dan hitam itulah yang membolehkan pakar obstetrik anda menginterpretasikan gambar skan. 

Kebanyakan ibubapa menunggu skan dengan gembira sebab ianya memberi imbasan bayi mereka buat pertama kali. Doktor anda mungkin memberikan anda salinan cetak imej bayi anda untuk kenang-kenangan. Namun begitu, adalah penting untuk mengingati bahawa tujuan utama skan itu bukanlah untuk mendapatkan foto pertama untuk album bayi anda, atau untuk mengetahui jantina bayi. Ia adalah untuk menentukan samada bayi anda membesar dan berkembang secara normal. 

Untuk apakah skan ultrasound?
Tertakluk kepada peringkat kehamilan anda semasa ianya dilakukan, skan ultrasound boleh :
  • Memeriksa jantung bayi untuk mendengar denyutannya.
  • Menentukan samada anda mengandung satu bayi atau lebih.
  • Mengesankan kehamilan ektopik, di mana embrio tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopio.
  • Menentukan punca sebarang pendarahan yang anda sedang alami.
  • Menetapkan tempoh kehamilan anda dengan mengukur panjang bayi.
  • Menilai risiko sindrom Down dengan mengukur bendalir di belakang leher bayi pada 11 minggu hingga ke 13 minggu termasuk enam hari (apa yang dikatakan skan lut chaya nuka atau nuchal translucency scan).
  • Menentukan mengapa keputusan ujian saringan darah tidak normal.
  • Membantu dalam membuat ujian diagnostik dengan selamat, seperti CVSatau amniosentesis sebab ianya dapat menunjukkan posisi bayi dan plasenta.
  • Memeriksa bayi untuk menentukan yang semua organ telah membesar secara normal.
  • Mendiagnosis beberapa ketaknormalan, sepertispina bifida.
  • Menilai bendalir amnion yang ada dan menetapkan kedudukan plasenta.
  • Mengukur kadar pertumbuhan bayi dengan melakukan beberapa skan.

Bagaimanakah skan itu dilakukan?
Jika anda melakukan skan semasa kehamilan awal (bacalah lebih lanjut tentangskan semasa trimester pertama), anda perlu minum beberapa gelas air terdahulu supaya pundi kencing anda menolak uterus keluar dari pelvis, justeru membolehkan doktor mendapatkan gambar bayi yang jelas. Dia akan menyapu gel di atas perut anda dan akan mengerakkan transduser tangan yang kecil merata-rata kulit anda untuk mendapatkan gambaran bayi yang jelas. 

Jika bayi anda berada terlalu dalam di dalam uterus anda, atau jika anda berlebihan berat badan, imej-imej itu tidaklah berapa jelas, jadi skan vagina mungkin perlu. Transduser vagina adalah panjang dan kurus supaya sesuai dimasukkan ke dalam vagina. Doktor akan menggunakan sarung (sama seperti kondom) dan akan menyapukan banyak gel padanya supaya licin dan senang masuk. Tidak perlu untuk memasukkannya terlalu dalam, dan ianya tidak akan membahayakan bayi anda langsung. Skan vagina memberikan gambar bayi anda yang lebih jelas, terutama sekali pada peringkat awal kehamilan. 

Bilakah skan dijalankan?
Panduan Kementerian Kesihatan mengesyorkan skan setiap empat minggu sampai minggu ke 28. Kemudian anda akan diskan dua minggu sekali sehingga bulan terakhir, apabila anda akan di skan setiap minggu. 

Adalah disyorkan agar semua wanita hamil menjalankan skan penentuan tarikh pada trimester pertama – sebaik-baiknya semasa hamil minggu 10 hingga 13 – untuk mengesahkan tarikh mengandung. Ini amat penting jika anda berhajat membuat ujian saringan untuk sindrom Down, sebab mengetahui tarikh sebenar menjaminkan keputusan yang tepat. 


Sumber : BabyCentre

No comments:

Post a Comment